Monday 19 January 2009

Share Indicator.

Salam. Lama aku x update blog nie, bukan apa minggu lepas sibuk ngan pilihanraya kat terengganu. So minggu nie aku kena fokus banyak kat forex..hihihi...smlm aku dpt dalam 50 pips itu pun akaun kawan aku punya dia mintak tlong trade sekejap smlm..hari aku nak share satu blog yang kasi 1000 indicator..boleh try yg mana cun ngan teknik masing2...aku dah try 1 2 indicator.. boleh tahanlah...klik sini

Thursday 15 January 2009

MAAF...

salam. kat sini aku nak mintak maaf coz aku xsempat nak post apa2 pun minggu nie coz aku x trading. Minggu nie aku ader banyak kerja luar. InsyaAllah minggu depan aku akan ceritakan kembali keadaan semasa trading aku... semoga membaca blog aku nie terus setia membaca.Terima kasih

Friday 9 January 2009

Mencari dimana silapnya

Salam..minggu yg kurang bernasib baik dalam kehidupan forex ku. Kerugian yg boleh dikatakan teruk lah jugak menyedarkan aku akan kepahitan dalam dunia forex ini. Bukan aku nak mengalah disini sahaja. Setahun aku mencari ilmu, tak kan aku nak berhenti separuh jalan. perjuangan ini mesti diteruskan. Aku yg pilih jalan ini dalam hidupku,maka aku mesti dan mesti mencapai cita-cita aku dalam dunia forex ini. Kegagalan ini tidak patah kan semangat aku malah memberi aku tenaga untuk terus berusaha dalam dunia forex ini. Sedar atau tidak, forex cukup memberi impak dalam diri ini dari segi kesabaran dan juga kematangan emosi kita. kawalan yang baik boleh menguntungkan dan sebaliknya. Kesilap yang lalu perlu aku baiki dan mencari kelemahan aku dimana silapnya. InsyaAllah, Aku akan berusaha dalam mencari erti dalam kehidupan ini.

Thursday 8 January 2009

Keegoan makan diri sendiri.

Salam.sudah lama aku tak post blog nie.Sebenarnya aku sibuk sikit ini dengan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Minggu ini aku mengalami kerugian yang terbesar sebanyak perjalananforekku ini diwujub.Ini kerana keegoan aku nak trade dalam kereta punya pasal..kerana terlalu menilai graf,aku terlupa nak buat target and just buat stop loss sahaja...keseronokkan trade dalam kereta menjadi kelam kabut kerana kehabisan bateri laptop aku. Nak hampir kdekat $300 usd. Hahahaha..itu lah,Keegoan aku mengajar aku supaya jangan terlalu nak trade jer. Tengok keadaan kita dan juga persekitaran kita. Tapi bagus jugak mengalami pengalaman ini. kerana setiap apa yang berlaku itu dewasakan kita supaya lebih berhati-hati dalam forex.

Monday 5 January 2009

Kursus Forex Yang disyorkan

Salam, disini saya nak syorkan pada siapa-siapa yang nak jinakkan diri dalam ilmu forex ini perlu korbankan masa dan wang ringgit untuk mencari ilmu. Trading tanpa ilmu sangat merugikan kerana keegoan kita yang tidak mahu mencari ilmu. Saya syorkan kursus dibawah ini kerana saya jugak merupakan salah seorang bekas peserta kursus ini. Alhamdulillah, kursus ini akan memberikan jalan terbaik untuk anda yang baru dalam dunia FOREX.

Sunday 4 January 2009

Permulaan yg cukup baik..

Salam, bulan 12 2008 permulaan yang cukup baik bagi aku dalam kejayaan forex. Dengan modal $200 usd aku mampu mengandakannya. Namun perasaan emosi dan sikap terburu-buru masih lagi terbuku didalam hati... Azam 2009. aku menyediakan plan rancangan ku dalam forex..aku mahu forex bukan sekadar membayar bil internet dan sebagainya. aku mahu forex sumber utama ku. Bukan taksub pada wang.. kerana aku punyai impian...Impian yang mana kita hanya mampu berangan sebelum ini akan tercapai. Doa usaha dan Tawakkal yang berterusan kan ku pegang sampai bila-bila..Aku akan berusaha seperti mana orang lain diluar sana mampu melakukan.

Thursday 1 January 2009

Kesibukkan..

Salam.Sorry lama tidak update trade forex aku kat blog ini. Sebenarnya aku terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini. walaupun sibuk aku sempat trade 3 kali dm minggu ini. Kali ini aku nak cerita ketamakkan aku menyebabkan rugi USD 260 dlm sekelip mata.

Semalam ketika Market hampir tutup,Aku masih lagi menilai graf. Ketika Graf sedang downtrend(eurusd). aku sell, so dapat USD 14. aku close trade tue. Kemudian aku rasa macam tidak cucup jer...hahaha..so,aku pun sell balik,ambik kau...graf tadi terus uptrend.dah lah aku lot 0.5 bersamaan 1pips=usd5.

Barulah aku sedar ketamakkan membawa padah..padah hal aku dah tahu graf tadi mesti uptrend. Keegoan aku menyedarkan aku erti kesabaran dalam Forex ini.