Thursday 25 December 2008

Minggu Yg X Stabil.

Salam, Sorry coz smlm x post blog ini. Tidak kesempatan coz ada hal kat KL. Aku sebenarnya ada entry market pada hari selasa. Kat sini aku nak crite hari ketamatan aku dalam menjana wang dalam forex.

Pagi tue aku entry market eurusd aku buy. So dapat usd 35. aku pun close market. Dah sampai target. Tutup laptop. tidak sampai 15 minat aku buka balik laptop. Bosan punya pasal,aku pun saja nak tengok pergerakkan graf. kerana nafsu punya, aku buy balik eurusd dengan lot 0.3 maknanya 1pips = usd3.

Nak !! nafsu punya pasal,graf U turn, ambik!!! -ve 100pips...hahaha. aku x close, klau aku close aku rugi besar, so aku kaji balik graf M15,M30 H1..tengok balik aku rasa graf boleh normal balik. dari pukul 12 smpai pukul 4 aku tunggu graf balik normal, but aku still rugi usd33.

Hahahaha.. nasihat aku, jangan Tamak... dah dapat target lupakan graf...buat kerja lain.

Monday 22 December 2008

Minggu Ke 2

Salam. Apa Khabar pada semua perdagang-perdagang forex di luar sana. Ini minggu ke 2 aku main live forex... so Smlm aku x kesempatan sangat nak trading coz ada hal-hal yang tidak dapat di elakkan. Malam tadi aku ada tengok currency eurusd, tp slow nak downtrend... aku tunggu dulu sampai pukul 130am.. Tengok market x selamat aku tutup laptop.. Malas nak main ngan emosi sgt. Kan nanti macam-macam boleh berlaku. 

Kat sini aku nak cerita skit..

Sebenarnya, skrg aku berada di HQ Perodua Rawang, Selangor. Hantar member aku g kursus induksi. Member aku ini senior aku time mrsm dulu. Nak jadi cerita kat HQ Perodua, ada senior aku sorang lagi kerja kat sana. Member aku tadi plan lah jumpa kawan dia yg  kat HQ nie. Senior aku nie yang kerja kat HQ nie rupany baru balik dari jepun 8 bulan lepas. Habis belajar dapat masuk kerja kat HQ Perodua Rawang. kita org pun jumpa lah kat warung mamat kat area bukit beruntung nie. Borak-borak, senior aku nie tanye aku kerja apa?? aku dah x tahu nak cakap. X kan nak cakap main forex. dia tahu x forex?? kan pening pulak aku nak kabor. Aku cakap lah aku nie consultan Public Mutual (unit trust). Memang lah aku part time Public Mutual. Pastu dia crite lah dia pun cari bisnes. Aku pun terkeluar kata pasal forex.

Ko main forex??senior aku tanye..aku ckp adalah skit-skit. Lama mana??senior aku tanye.. adalah dlm setahun duk main demo,skrg baru main live. Akhir dia pun crita sejarah forex dia kat aku. Senior aku start main forex time belajar kat jepun lagi..3 tahun pengalaman. pernah rugi sampai usd 7k. 

Tp still masih lagi main forex. Tidak leh dapat profit banyak. emosi dia kurang stabil skit. Aku tanye dia pernah g kursus x? x pernah.. Dia banyak belajar dari sifu-sifu forex online. aku syor dia g kursus real. aku pun cadang lah satu 2 tempat hok aku rasa bagus.

Nie skrg aku lepak rumah dia ar,dia x der g kerja. So dari apa yg aku crite kan disini, kita renung2lah. mencari ilmu tanpa guru, ilmu itu tidak di tahap maksimum. 

Kesabaran+ketekunan memcari ilmu nanti pasti mperolehi kejayaan.Kesabaran satu ujian untuk kita mengawalnya dengan bijak atau sebaliknya. Oklah Selamat Maju Jaya.

Saturday 20 December 2008

Market Close.

Smlm aku x trading coz market tutup pada hari sabtu dan ahad. So smlm buat kajian skit tentang forex nie. Walaupun prestasi aku dah di tahap boleh tahan lah, tp aku rasa ilmu aku nie tidSak cukup lagi. So, aku carilah website or blog mana otai forex yang aku boleh berguru lagi. Dlm kepala skrg dah ada satu tempat aku nak g belajar ilmu forex ni,tp aku nak cari lagi nak buat perbandingan antara kursus-kursus tersebut. 

Kepada yg diluar sana yg nak main forex aku nasihatkan mula cari ilmu dulu,biar cukup baru start main..Mula-mula main akaun demo dulu,tengok antara 3-6 bulan,dah ok baru start main akaun live, ada modal skit cuba2 g cari kursus yang bagus, murah dan senang. Di sini aku syorkan korang g kursus yg cik Ran anjurkan.

Kerana apa ak galakkan korang g kursus dulu coz aku nak crite satu pengalaman. Ini kisah kawan aku, Kawan aku ini Si K, dah lama jugak kenal forex ada lah dlm 5 bulan. So dia nak main live but aku suruh dia pergi kursus dulu, dia ckp duit kursus dia tue boleh buat modal main forex. aku pun nasihat lah, kalau ilmu x cukup jangan main live,bahaya, ilmu biar banyak xpe habis kan duit cari ilmu kerana ilmu jugak kita dapat hasil nanti. Tp kawan aku nie si K x makan nasihat jugak, So dia pun masuk main live modal usd100. Hari pertama ok lagi,dpt hampir usd70.

Masuk hari kedua, pagi tue ok dapat usd30. Sebelah petang dah jadi sebaliknya. nak tahu berapa si K rugi?? usd205...banyak tue bagi siapa-siapa yang baru start main forex. Termenung si K.

After tue baru dia sedar. Maybe dia dah plan nak g kursus forex. Aku pun dah syorkan beberapa tempat.So kata sini mmg Ilmu penting dlm urusniaga forex. forex cukup risiko..Tanpa ilmu forex boleh merugikan kita.

Renung-renunglah dan carilah ilmu dahulu sebelum masuk dlm forex. Kesabaran dan sikap tidak tamak boleh menguntungkan kita.

Oklah.Selamat Hari MInggu 

Friday 19 December 2008

Graf yang mgelirukan-hari ke 3

Smlm masuk hari ke 3 aku trading real akuan. Dari pengalaman menggunakkan akuan demo selama setahun pergerakkan pair smlm x sesuai nak entry. Dari pagi sampai mlm pergerakkan pair yang slow. So aku pun xberapa berani nak entry. Smlm sasaran target harian usd30 tidak sampai. Hanya sekadar usd26,but still good,no lose. Alhamdullilah,berkat kesabaran dan kawalan emosi smlm masih lagi menjadi kunci kejayaan aku setakat ini. 

screenshot hari ke 3

Thursday 18 December 2008

Tidak tahu nak Cakap....Second Day..

Smlm hari kedua aku trading...target asal usd30,tapi dapat usd181+usd3(bonus fxopen).. perr.. dlm malaysia dah dekat RM 640.00 dalam sehari. Itu lah Kuasa Forex.
Tp...
sebenarnya semlm aku lalui detik2 yang hampir merugikan aku, entry  ke-2 yg dpt usd48 merupakan entry begitu mencemaskan. aku entry sell, pada mulanya dia ok dlm 2-3 pips. Kemudian dia graf tukar naik sampai  -103 pips, tp aku still yakin yg pair aku sell tue(eurusd) akan downtrend balik. so aku monitor sampai dia jatuh balik -30,pastu aku g tandas balik tengok graf aku sudah untung hampir 70pips,aku x  close lagi,biar kan dulu......pastu aku tengok graf mcm nak uptrend balik, aku close entry tue..Dapat usd 48..Alhamdullilah....kesabaran+melawan nafsu+keyakinan memberi hasil yg cukup lumayan buat aku yg baru dalam bidang forex.


screenshot 18/12/2008

Wednesday 17 December 2008

First Day Trader..Ketakutan,debaran

semalam(17/12/2008) merupakan hari pertama aku trade urusniaga forex. sepatutnya aku ingin trade pada 16/12/2008,tetapi aku mengalami masalah kesihatan(deman+cirit birit). so aku tidak  sentuh pun laptop. perasan ku?? setiap kali melihat graf aku x senang duduk. yelah usd 200 takut hangus macam tue jer. forex cukup berisiko. dalam dunia ini hanya 5% daripada 100% orang yang ceburi bidang ini berjaya dalam bidang forex. 

Alhamdullilah...rezeki hari pertama diluar jangkaan,target asal nak dapat usd30.00 jee,tp dapat usd 132.00.

screenshot forex


  

Bermula Perjalanan Urusniaga Forex Ku.

Pada 15 Disember 2008,aku dan rakan kongsiku sebulat suara untuk beranikan diri melabur dlm urusniaga forex. kami tahu akan risikonya dan kami tahu akan kesusahan berusniaga forex. namun berpegang pada perpatah melayu "Nak seribu daya tak nak seribu dalih",kami akan tempuhi segala ringtangan dan ujian yang akan datang. berbekalkan kajian selama hampir setahun dengan pelbagai ebook dan urusniaga demo yang telah kami cuba,hasilnya cukup mberangsangkan. di tambah kursus berbayar yang kami hadiri cukup memberi keberanian kepada ku.



screenshot maybank2u

setelah berbincang dengan rakan kongsi ku,kami akan mengeluarkan modal sebanyak usd200(rm740)ketika itu kadar pertukaran usd1=rm3.70. dan broker yang kami pilih untuk melakukan urusniaga forex kami ialah fxmalay yang menggunakan platfrom metatrade4 menjalankan urusniaga forex. kami memilih fxmalay kerana ia bebas dari unsur riba,akaun islamik dan keluar masuk tambahan wang yang cukup senang. selain itu fxmalay memberi welcome bonus sebanyak usd25 bagi akuan standard dan usd1 untuk akuan mirco.

untuk info selanjutnya  tentang fxmalay:klik sini